نعم ,الترجمة هي التفسير. ومعنى التفسير مهم جدا لأنه أساس الترجمة ، فمن لم يفهم لايستطيع أن يفهم
Apakah Perbezaan Antara "Terjemahan" dan "Tafsir" ?
Terjemahan ialah dimana ayat-ayat Al-Quran itu diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa ibunda seseorang. Contoh bahasa Arab ke bahasa Melayu atau bahasa Arab ke bahasa Inggeris .
Tafsir pula ialah penerangan atau ulasan kepada ayat-ayat tersebut supaya pembacanya lebih memahami atau mengetahui cerita disebalik surah berkenaan.
Yang manakah lebih baik?
Jawapannya terpulang pada seseorang. Sekiranya kita tidak fasih berbahasa Arab, tidak tahu makna-makna ayat-ayat tersebut, maka lebih baik baca terjemahan dahulu. Sekiranya kita sudah faham dan ingin menambah ilmu dengan lebih mendalam, belajar dan bacalah tafsir.
No comments:
Post a Comment