1. Terjemahan menurut Newmark.
Newmark (1988) menyatakan terjemahan ialah pemindahan makna sesuatu teks daripada satu bahasa ke bahasa lain mengikut apa yang dimaksudkan oleh pengarang.
Newmark (1988) pula mengusulkan supaya kaedah penterjemahan digolongkan kepada dua jenis penekanan, iaitu penekanan terhadap bahasa sumber dan penekanan terhadap bahasa sasaran.
Terjemahan literal mempunyai sedikit perbezaan dengan terjemahan harafiah. Terjemahan harafiah merujuk terjemahan kata demi kata manakala terjemahan literal mempunyai struktur tatabahasa yang betul tetapi mungkin tidak dari segi semantik.
Seterusnya, Terjemahan setia pula berusaha menghasilkan semula makna mengikut konteks teks asal tetapi masih terikut-ikut struktur tatabahasa bahasa sumber. Bagi terjemahan semantik, nilai estetika teks bahasa sumber harus diutamakan dan perkataan berunsur budaya mungkin diterjemahkan secara neutral tanpa mencari padanan dalam bahasa sasaran.
Terjemahan komunikatif adalah memastikan pembaca sasaran menerima terjemahan sesuatu teks itu seolah-olah teks tersebut ditulis dalam bahasa ibundanya. Terjemahan idiomatik pula menghasilkan semula utusan asal tetapi cenderung melencongkan nuansa makna misalnya menambah kata kiasan dalam terjemahan walaupun tidak terdapat dalam bahasa sumber. Terjemahan intralingual sering kali hanya mengekalkan kandungan tetapi tidak bentuk teks sumber, biasanya parafrasa yang lebih panjang daripada teks asal.
2. Terjemahan menurut Nida.
Nida dan Taber mentakrifkan penterjemahan sebagai menghasilkan semula dalam bahasa sasaran padanan paling hampir dan sesuai dengan bahasa sumber, pertama sekali dari segi maknanya, dan keduanya dari segi gaya penulisan.
Nida dan Taber (1969: 33) membahagikan proses terjemahan kepada tiga peringkat:
i) Analisis mesej dalam bahasa sumber;
ii) Pemindahan
iii) Pembinaan semula mesej yang dipindahkan ke dalam bahasa sasaran
3. Terjemahan menurut Baker.
Menurut Mona Baker, terjemahan universal ialah ciri linguistik yang biasanya berlaku dalam terjemahan dan bukannya teks asal dan dianggap bebas daripada pengaruh bahasa sumber terhadap bahasa sasaran.
Prosedur yang dibawa oleh Baker ialah konsep padanan pada aras bahasa yang berbeza termasuk semua aspek pelbagai bahasa, termasuklah menggabungkan pendekatan linguistik dan komunikatif. Baker seterusnya membuat perbezaan antara padanan pada perkataan, padanan gramatis, padanan teks dan padanan pragmatik seperti berikut:
i). Padanan pada perkataan.
Padanan
boleh wujud pada perkataan dan melangkaui perkataan apabila menterjemah
daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain. Baker mendapati pendekatan
bawah ke atas (bottom-up), iaitu padanan pada perkataan merupakan elemen
pertama yang diambil kira oleh penterjemah.
ii). Padanan Gramatis
Merujuk kepada perbezaan
kategori gramatis antara bahasa. Menurut Baker, peraturan gramatis berbeza-beza
antara satu bahasa dengan bahasa yang lain dan ini akan menimbulkan masalah
dalam mencari persamaan terus dalam TL. Malahan, beliau mendakwa perbezaan
struktur gramatis dalam SL dan TL berkemungkinan menyebabkan perubahan ketara
dalam cara informasi atau mesej itu disampaikan.
iii). Padanan Teks
Merujuk kepada
padanan antara teks TL dan teks SL dari sudut informasi dan kohesi. Tekstur
adalah ciri yang paling penting dalam penterjemahan kerana ia akan memberi
panduan kepada kefahaman terhadap analisis ST.
iv). Padanan Pragmatik
Merujuk kepada implikatur dan strategi pengelakan semasa proses penterjemahan.
Implikatur bukanlah tentang apa-apa yang tersurat tetapi tentang apa-apa yang
tersirat. Oleh kerana itu, penterjemah perlu mendapatkan makna tersirat dalam
penterjemahan agar mesej ST dapat disampaikan. Tugas utama penterjemah adalah
membuat semula hasrat pengarang dalam budaya berbeza supaya pembaca TC dapat
memahami dengan jelas.
4. Terjemahan menurut Munday.
Munday (2008) mengatakan bahwa penerjemahan merupakan suatu perubahan dari teks tertulis menggunakan bahasa verbal di dalam bahasa sumber menjadi teks tertulis menggunakan bahasa verbal dalam bahasa sasaran.
5. Terjemahan menurut Vinay & Darbelnet.
Menurut Vinay dan Darbelnet (1958), proses terjemahan dianggap sebagai suatu prosedur yang memindahkan bahasa terjemahan kepada bahasa sumber.
Prosedur terjemahan yang dibawa oleh Vinay dan Darbelnet (1958) telah memperkenalkan dua kaedah utama dalam terjemahan yang dinamakan sebagai terjemahan langsung (direct translation) dan terjemahan tidak langsung (oblique translation). Terjemahan langsung terdiri daripada tiga prosedur terjemahan iaitu peminjaman, pinjam terjemah dan terjemahan literal. Manakala terjemahan tidak langsung mengandungi empat prosedur iaitu transposisi, modulasi, persamaan dan adaptasi.
Terjemahan Langsung
i) Peminjaman
Meminjam adalah kaedah terjemahan yang paling mudah. Peminjaman kebanyakannya digunakan untuk memperkenalkan deria warna bahasa sumber adalah soal gaya, tetapi pada masa yang sama mungkin mempunyai kesan ketara pada mesej yang terkandung.
ii) Pinjam Terjemah
Ia adalah jenis peminjaman khas di mana satu bahasa meminjam ungkapan daripada bahasa lain, tetapi penterjemah menterjemah secara literal setiap unsurnya.
iii) Terjemahan Literal
Ia adalah pemindahan langsung daripada teks sumber kepada teks sasaran tatabahasa dan idiomatik
Terjemahan tidak Langsung
i) Transposisi
Merupakan kaedah terjemahan yang mengubah kedudukan frasa atau klausa dan golongan kata dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat.
Terdapat dua jenis kaedah tranposisi iaitu :
1. Kaedah transposisi golongan kata merupakan kaedah terjemahan yang menggantikan kelas sesuatu kata atau elemen dan bahasa sumber dengan kelas kata atau elemen yang lain dalam bahasa sasaran yang mempunyai makna yang sama tetapi tidak mengubah mesej secara keseluruhan.
2. Kaedah tranposisi dari segi struktur kata melibatkan kaedah yang menukar struktur tatabahasa bahasa sumber dalam bahasa sasaran tanpa megubah maksud warta.
ii) Modulasi
Modulasi merupakan salah satu daripada prosedur terjemahan tidak langsung. Ia boleh didefinisikan sebagai perubahan sudut pandang asal dalam bahasa sumber. Prosedur ini digunakan untuk menyampai maklumat teks bahasa sumber dengan gaya bahasa yang paling bersahaja dan mudah difahami dalam bahasa sasaran. Modulasi juga digunakan apabila terjemahan literal yang terhasil kelihatan janggal, menyimpang makna atau tidak idiomatik. Contohnya perkataan ‘mati’ atau ‘meninggal dunia’ boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dengan pelbagai olahan gaya bahasa seperti berikut
iii) Persamaan
6. Terjemahan menurut House.
House berpendapat bahwa pada dasarnya, kegiatan penerjemahan tidak hanya merupakan tindakan para ahli budaya dan bahasa, namun juga merupakan pembelajaran komunikasi budaya.
Perbincangan House (1977) bertumpu kepada konsep penterjemahan terbuka (overt) dan penterjemahan tertutup (covert). Dalam penterjemahan terbuka,khalayak TT tidak ditujukan secara langsung. Justeru itu, tiada keperluan untuk mencipta semula teks asli kedua (second original). Tambah House (1977), penterjemahan terbuka mestilah diterjemah secara terang-terangan. Sebaliknya, bagi penterjemahan tertutup, iaitu penghasilan teks merupakan padanan fungsian kepada ST, dan House mempertikaikan bahawa penterjemahan jenis ini tidak ditujukan khusus untuk khalayak budaya sasaran (TC).





No comments:
Post a Comment